Ayam Goreng Bersantan
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Hits: 672 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 ekor ayam 1 camca kecil jintan manis 1 camca kecil jintan putih 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 camca kecil ketumbar |
2 batang serai(dihiris dan ditumbuk) 2 inci halia dan sedikit lengkuas (ditumbuk) 1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diambil patinya sahaja) Sedikit gula dan air limau nipis Garam secukup rasa |
| Cara: |
| Ayam dipotong dan gaulkan bersama halia. Perapkan beberapa minit. Selepas itu digoreng. Apabila garing, angkat dan tumis pula rempah yang telah ditumbuk, sesudah garing, masukkan pati santan serta ayam goreng tadi. Biarkan mendidih dan kering, barulah di angkat. |