Bahan A
Coklat masak ¾ bar (biasa)
1 ketul butter
Susu pekat ½ tin
1 cawan Vico
Biskut marrie 1 bungkus
Cara:
Cairkan coklat dan butter dengan api perlahan. Masukkan susu, setelah sebati masukkan vico dan kacau sehingga sebati. Patahkan biskut marrie masukkan kedalam cairan tadi. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam bekas kemudia ratakan dengan cara menekan-nekan. Masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya perlu.
Tambahan:
Resepi yang paling senang, dan hasilnya amat digemari oleh kanak-kanak.