Abok-abok Sagu
Kiriman: Simply Sham
Sumber: Sendiri
Hits: 353 Rating: 8.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
2 tsp rata garam halus |
Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya |
| Cara: |
1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.
|
| Tambahan: |
| Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya. |