Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kuah Kacang Tradisional

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kuah Kacang Tradisional 9.18
Kiriman: Nizam Rahman
Sumber: Turun Temurun
Hits: 1177 Rating: 9.18 Review: 0
Bahan-Bahan:
Cili Kering (Ikut suka kalau mahu pedas taruk lebih)
Kacang Tanah (Yang telah disangai, dibuang kulit dan diblender)
Air Asam Jawa (Secukup rasa)
Gula (Secukup rasa)
Garam (Secukup rasa)
Minyak Masak (sedikit)
Air
Cara:
Panaskan minyak, goreng cili kering hingga naik bau. Sesudah itu, angkat dan terus masukkan kedalam blender dan kisar hingga lumat.

Lebihan minyak tadi jangan dibuang, gunakan kembali untuk menumis cili kering yang telah dikisar.

Tumis cili kering yang telah dikisar tadi dengan api kecil hingga wangi.

Masukkan kacang tanah yang telah dicampur dengan sedikit kedalam kuali, kacau sebati.

Masukkan Air Asam Jawa, Gula, Garam dan kacau sebati.

Sekiranya kuah pekat, tambah air dan kacau dengan api yg kecil hingga kuah kacang pecah minyak.

Siap
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan bersama kuah lodeh, nasi impit, ketupat.
Tambahan:
Pastikan kacang tanah yang disangai itu tidak hangus dan kuah kacang itu hendaklah dikacau sentiasa semasa proses memasak.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.