Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Cencaru Sumbat Tempoyak

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Cencaru Sumbat Tempoyak 10.00
Kiriman: meiry yusof
Hits: 196 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan cencaru
[sederhana besar]
sedikit garam
10 biji cili masak
[cili ditumbuk halus]
5 sudu minyak masak













3 biji bawang besar
[di hiris bulat]
3 sudu tempoyak durian
sedikit gula
[terserah anda]
sedikit garam
[terserah anda]




Cara:
ikan dibelah di atasnya.bersihkan sesudah itu bubuh sedikit garam di luar badan nya.kemudian kita goreng ikan itu seperti biasa.sudah masak letak ketepi.Panaskan minyak di dalam kuali,kita goreng dulu bawang besar yang dihiris bulat.Goreng sampai kekuningan,kita masukkan pula cili yang telah di tumbuk didalam kuali bersama dengan bawang tadi kacau sampai cili tu masak.setelah masak kita bubuh garam,gula dan tempoyak durian.kacau semuanya sehingga sebati.sesudah masak ,tutup api kuali itu.Ambil ikan yang telah digoreng tadi,sumbatkan tempoyak yang telah dimasak ke dalam perut ikan .



Cadangan Hidangan:
Makan semasa masih panas.
Tambahan:
masakan ikan ini tidak memerlukan asam keping dan asam jawa.ini kerana tempoyak tadi sudah masam.suami saya amat menyukai masakan tempoyak ini kerana 2 dalam 1.memang mudah.sambal ikan itu mejadi wangi kerana mengoreng bawang terlebih dahulu.selamat mencuba.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.