Asam Mangga Telur Pengikat Suami
Kiriman: Adnan B Haji Jaafar
Sumber: Warisan Keluarga
Hits: 221 Rating: 4.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
6 Biji Mangga Muda Telur
1 inci Belacan Bakar
1 kepal Asam Jawa
3 biji Cili Merah
3 bijiCili Hijau
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah bulat
|
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
|
| Cara: |
Buang kulit mangga dan racik halus.Mayang bawang halus.Lenyek belacan . Perah Asam Jawa .Hiris cili merah , cili hijau dan cili padi kampung sahaja.Gaulkan semua bahan ke dalam bekas , perahkan mangga hiris bersama bahan bahan tadi.Masukkan gula , garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Perap selama satu jam. |
| Cadangan Hidangan: |
| Asam mangga sedap di makan bersama nasi , ikan bakar dan sebagainya.Asam mangga ini boleh membangkitkan selera makan khasnya untuk Ibu Mertua dan sekumpulannya ( Ibu Mertua lalu pun kita tak nampak ).Ini adalah resepi warisan keluarga saya.Cuba jangan tak cuba. |
| Tambahan: |
| Rasa masam mangga telur amat berbeza dengan mangga mangga yang lain.Sebolehnya cuba gunakan mangga saiz telur dan kemudiannya boleh cuba mangga yang lain.Rasakan perbezaannya.Selamat Mencuba dan Mengikat Kaki Suami dan keluarga.Bye |