Bahan A:
2 inci persegi belacan
5 biji cili merah
1 biji tomato
garam
gula
3 ulas bawang merah
1 sudu minyak untuk menumis
Cara:
1. Tumbuk bahan A sehingga lumat
2. Bawang merah dimayang halus
3. Panaskan minyak untuk menumis
4. Tumis bawang merah sehingga agak garing.
5. Masukkan Bahan A dan masak sehingga naik bau.
Cadangan Hidangan:
hidangan untuk 3-4 orang
Tambahan:
kalau mahu lebih pedas, bolehlah gantikan cili merah dengan cili padi.