Ketam Tumis Ala Kari
Kiriman: Mzmania
Sumber: Ciptaan sendiri
Hits: 80 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan A :
(untuk ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai - dihiris halus-halus dan ditumbuk bersama
|
Bahan B (utama) :
1 kilo ketam
1 biji limau nipis - diperah airnya
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 mangkuk kecil air
garam secukup rasa
serbuk perasa atau Maggi seasoning (jika suka
|
| Cara: |
Tumiskan bahan-bahan A dan serbuk kunyit sehingga naik bau. Masukkan ketam, perahan limau dan gaulkan bahan tumisan hingga rata. Kemudian, tuangkan sos cili, kicap, garam dan serbuk perasa (jika suka) secara bergilir-gilir. Tambahkan air dan biarkan ianya mendidih sambil digaul.
|
| Cadangan Hidangan: |
| Hidangkan bersama nasi goreng atau nasi putih. Dimakan begitu sahaja pun lagi bagus. |
| Tambahan: |
Serbuk kunyit digunakan bagi menambahkan seri masakan dan ini membuatkan masakan nampak seolah-olah seperti serbuk kari apabila ditambahkan sos cili. Sos cadangan dan yang selalu saya gunakan ialah sos cili Thai kimball.
Lebih baikigunakan air yang sudah dimasak daripada air paip.
|