Kek Coklat Posting
Kiriman: Anoi Dayniel
Hits: 754 Rating: 10.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
16 oz (500gm) mentega
10 biji telur
400gm milo
100gm tepung gandum
1 gelas gula halus
1 botol koko
1 tin susu pekat manis
1 bungkus cooking coklat (½ double boiling dan ½ lagi diparut) |
|
| Cara: |
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan susu manis dan gaul sebati. Dan diikuti dengan koko dan milo dan digaul sehingga rata.
kemudian barulah dimasukkan cooking coklat yang telah diboiling ke dalam adunan tadi. Setelah adunan dimasukkan ke dalam acuan, taburkan cooking coklat yang telah diparut ke atasnya.
Kemudian kukus sehingga masak. |
| Cadangan Hidangan: |
| Untuk mengelakkan taburan cooking coklat mendap ke bawah. adalah lebih baik taburkan cooking coklat semasa kek separuh masak. |
| Tambahan: |
Kukus kemungkinan memakan masa 4-5 jam mengikut pengukus yang digunakan.
|