Sambal Cili Padi Goreng Istimewa
Kiriman: Putri Teratai MAlam
Hits: 65 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
50gm Ikan Bilis - Digoreng garing
150gm cili padi kampung
2 biji Bawang besar
Sedikit Garam & serbuk Perasa
Minyak Masak - setengah cawan |
|
| Cara: |
1.Goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian diangkat
2.Goreng cili padi beserta bawang besar tadi sehingga layu lalu diangkat
3.Tumbuk ikan bilis, bawang besar dan cili padi tadi seperti sambal belacan tetapi jgn terlalu lumat.. Biar kasar sedikit agar rasanya tak hilang.
4. Selepas ditumbuk, goreng balik semua bahan menggunakan minyak yang sama tadi dan campurkan sedikit garam dan serbuk perasa.
5. Goreng hingga garing lalu diangkat dan dihidangkan.
|
| Cadangan Hidangan: |
| Sambal ini sedap dimakan dgn nasi seperti sambal belacan. Ia juga sesuai digunakan sebagai pengganti sambal mee soto ayam dan dimakan dgn hidangan mee goreng/sup yang lain. Juga sesuai dimakan dengan bubur nasi. Cubalah.. Kalau dah cuba, pasti nak lagi. |