| Masak gula, serbuk koko, susu, mentega dan garam di atas api sederhana seminit sahaja. Campur oat, mentega kacang dan vanila. Kacau sehingga rata. Cedok adunan sedikit demi sedikit dengan camca anggaran sebesar syiling 20 sen dan susun di atas kertas berlilin dan biarkan sejuk. Cairkan coklat putih menggunakan teknik periuk bertingkat. Atau isi air di dalam periuk sederhana besar, kemudian masukkan satu lagi periuk lebih kecil di dalamnya dan masukkan coklat putih. Apabila air menggelegak, coklat akan cair. Hiaskan coklat putih pada biskut setelah ia sejuk. |