Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Sambal Pengantin Bugis Style

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Sambal Pengantin Bugis Style
Kiriman: Aryani Anisham Arshad
Sumber: Tok Puteh di Pontian
Hits: 84 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu diptong dadu dan digaram dan dikunyit
1 kg udang dibuang kulit - digaram dan dikunyit
1 cawan minyak masak
2 cawan santan
Sedikit asam jawa
500g bawang merah dimayang halus
100g bawang putih dimayang halus
10-15 tangkai cili kering di mayang halus
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Cara:
Masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga layu dan naik bau. Sementara itu gorengkan udang dan daging yang telah digaram kunyit tadi. Angkat dan toskan minyak. Setelah bawang tadi layu masukkan daging dan udang yang telah siap digoreng, gaul sebati. Masukkan santan yang dicampur dengan sedikit asam jawa. Taburkan cili kering yang dimayang halus. Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Masak sehingga santan pecah minyak.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan panas-panas dengan ketupat atau lemang. Boleh juga makan dengan nasi panas atau roti.
Tambahan:
Hidangan ini boleh disimpan lama dan makin lama makin sedap kerana rencah bawang telah sebati.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.