Bubur Lambuk Ringkas
Kiriman: ct_suria
Hits: 277 Rating: 10.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Hidangan untuk 3-4 orang
Bahan A
Daging/Ayam(dipotong dadu) 1 mangkuk kecik
Beras 1 ½ pot
lada sulah 5 biji
udang kering 1 paket kecil
rempah penumis (bunga lawang,cengkeh,kayu manis)
bawang merah 5 (dihiris)
bawang putih 5 (dihiris)
halia seinchi
Air
garam secukup rasa
|
Untuk hiasan
daun sup, daun bawang dipotong halus
|
| Cara: |
1. Masak daging/ ayam tadi seperti membuat sup sehingga empuk. Masukkan halia yang dipotong halus ke dalam sup tadi.
2. Masak beras bersama kandungan air setengah daripada periuk tadi(periuk tidak perlu ditutup). Periuk bersaiz sederhana. Masak nasi sehingga menjadi bubur. Tambahkan air jika perlu sehingga nasi menjadi halus.
2. Goreng semua rempah penumis tadi dah dimasukkan kedalam sup.
Apabila bubur telah menjadi agak halus.
3. Masukkan semua sup daging/ayam yang telah empuk ke dalam bubur tadi dan digaul rata.
4.Bawang putih dan merah digoreng hingga kuning dan dimasukkan ke dalam bubur yang telah halus digaul rata.
5. Udang kering dan lada sulah ditumbuk halus dimasukkan kedalam bubur dan digaul rata.Masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan bubur tadi dimasak selama 5 min selepas memasukkan bahan tadi.
Selamat mencuba.
|
| Cadangan Hidangan: |
| Taburkan daun bawang yang telah dipotong halus ke dalam bubur sebelum dihidangkan. |
| Tambahan: |
Boleh ditambah sedikit santan untuk rasa yg lebih lemak. Resepi ini telah saya buat beberapa kali.
|