Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Pisang Kukus Bruas

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Pisang Kukus Bruas 7.99
Kiriman: Faizal Mustafa
Sumber: Dari Pah (Opah) Saya.
Hits: 127 Rating: 7.99 Review: 0
Bahan-Bahan:
Pisang Emas yang telah masak
Santan
Garam
Daun Pandan
Cara:
Pisang Emas dibuang kulitnya. Kemudian diatur didalam bekas. Bekas yang paling elok adalah bekas caserol kecil. hanya satu lapis pisang untuk satu bekas.

Santan kotak boleh digunakan. Tuang kedalam bekas dan campurkan garam secukup rasa. Kemudian tuang kedalam bekas sehingga menutup pisang.

Ikat daun pandan dan letakkan kedalam Bekas. Daun pandan adalah pilihan. Selepas itu kukus. Lebih kurang 15 minit atau bila santan telah mula naik. Jangan kukus terlalu lama kerana ini boleh membuat pisang menjadi terlalu masak.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan pisang kukus selepas ia sejuk seketika. Kalau terlalu panas, Kita tidak dapat merasakan hidanga ini dengan betul. Terlalu panas maka hidangan tidak dapat dirasai dengan betul.

Tambahan:
Pisang kukus merupakan makanan tradisional orang Perak. Tetapi kini telah mula dilupai. Ia merupakan masakan yang paling senang untuk dibuat.
Rasa manis pisang akan terasa bila pisang dikukus!! Tak payah tambah gula.
Masakan ini merupakan masakan kegemaran Tuk Saya.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.