Bubur Lambuk Terengganu
Kiriman: Srikandi
Sumber: turun-termurun daripada Ibu
Hits: 381 Rating: 10.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 pot beras putih
3 cawan air
1 cawan santan
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum (
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya |
Bahan Kisar/Tumbuk:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia
|
| Cara: |
1. Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat).
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata.
3. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis.
4. Masukkan santan dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur. |
| Cadangan Hidangan: |
| hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang & bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan. |
| Tambahan: |
| Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk. |