Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kek Gula Hangus Azura

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kek Gula Hangus Azura 9.17
Kiriman: Azura Basir
Hits: 769 Rating: 9.17 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air
½ tin susu pekat manis
1 sudu marjerin/mentega
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung kek
1 susu teh serbuk bikarbonat soda
Cara:
1. hanguskan gula, setelah warna keemasan, masukkan air. setelah sebati, angkat dan sejukkan.

2. Ayak tepung kek bersama serbuk bikarbonat soda. Ketepikan.

3. Gaul sebati susu pekat manis bersama marjerin. Ketepikan.

4. Pukul telur bersama esen vanila hingga sebati dan sedikit berbuih.

5. Masukkan campuran susu dan marjerin, gaul sebati. Kemudian masukkan pula gula hangus yang telah disejukkan tadi dan gaul sebati.

6. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk bikarbonat soda sedikit demi sedikit.

7. setelah sebati, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam.






Tambahan:
Kadangkala kek gula hangus akan terasa pahit dan payau akibat terlebih serbuk bikarbonat soda. oleh yang demikian, jangan bubuh terlalu banyak, memadai sekadar satu sudu teh sahaja.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.