Gartan
Kiriman: Puan Nismah Hj.Salleh
Sumber: Dari restoran segera di Jepun
Hits: 361 Rating: 10.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan A: Untuk isinya
½ bungkus Macaroni saiz sederhana
200 gm udang hidup (dipotong kecil-kecil)
2 sudu makan mentega
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa |
Bahan B:Untuk kuahnya
1 liter susu segar
5 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan mentega
5 sudu makan keju parmesan
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit gula
sedikit serbuk perasa |
| Cara: |
Bahan A:
-Rebus Macaroni hingga lembut (Toskan)
-Panaskan mentega
-Masukkan udang dan kacau sehingga udang hampir masak
-Masukkan macaroni dan kacau lagi
-Kemudian masukkan garam , gula, serbuk perasa dan lada sulah ,kacaulah sehingga rata dan masak kemudian ketepikan
Bahan B:
-Panaskan mentega dengan api yang kecil
-Masukkan tepung gandum , kacau sehingga rata
-Masukkan susu segar sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga susu segar habis. Jika tepung bergentel tapiskan dahulu bahan ini kedalam periuk yg lain
-kemudian baru masukkan garam, gula, serbuk perasa,lada sulah dan keju parmesan
-Kuatkan sedikit apinya dan kacaulah sehingga sederhana pekat (jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair), ketepikan.
Cara membakarnya:
1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk yang tahan panas (size mangkuk untuk hidangan seorang makan)
2. Kemudian masukkan bahan B sebanyak 3/4 cawan atau sehingga bahan A tertutup
3. Kemudian masukkan kedalam oven dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja , selama 1 atau 2 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan berwarna kuning kecoklatan
4. Hidangkan panas-panas |
| Cadangan Hidangan: |
| Bahan untuk isinya (macaroni) boleh di tukar kepada nasi yang di goreng dengan menggunakan bahan-bahan A tapi di tambah dengan sedikit sos tomato. |
| Tambahan: |
| Jika kita menggunakan nasi resepinya akan bertukar nama dari GARATAN kepada DORIA. Makanan ini sangat terkenal di salah sebuah restoran makanan segera di Jepun. Kanak-kanak sangat menyukainya. |