Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Gulai tempoyak ikan Patin/Baung Perak

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Gulai tempoyak ikan Patin/Baung Perak 7.70
Kiriman: Faizal Mustafa
Sumber: Turun temurun dari Pah. (Nenek)
Hits: 996 Rating: 7.70 Review: 0
Bahan-Bahan:
Ikan Patin atau Baung
Tempoyak, dari durian baru
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
Daun Kesom 5 tangkai
Kunyit hidup atau serbok
Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.
Cara:
Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.

Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama
setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.

Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.
Cadangan Hidangan:
Gulai ikan Patin/Baung sedap dimakan dengan
nasi. Makanlah dengan nasi sahaja atau lebih sedap dengan ikan kering. Itu sshaja. Cubalah saya pasti inilah gulai ikan masak tempoyak yang paling sedap!
Tambahan:
Masakan tempoyak ikan Patin/Baung banyak variasi. Ini ada versi Perak original.Pah saya punya resepi. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.

Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya.

Nak lagi sedap kena masak tepi sungai, didusun semasa musim durian!

Selamat mencuba! Pasti yang paling best!!
Review:



Minimum Linux GB
20GB Web Space
No Setup Fee
Free Templates & Site Builder
Fantastico Enabled
10 Addons Domain
Unlimited POP3 / Web Email
50 GB Bandwidth Transfer
Unlimited Sub Domain
Unlimited mySQL Database
Web Base Control Panel

RM 100/- per year
More


Entrepreneur Linux GB
40GB Web Space
No Setup Fee
Free Templates & Site Builder
Fantastico Enabled
20 Addons Domain
Tomcat/JAVA Servlet Enable
Unlimited POP3 / Web Email
100 GB Bandwidth Transfer
Unlimited Sub Domain
Unlimited mySQL Database
Web Base Control Panel
RM 250/- per year
More


Minimum Windows GB
10GB Web Space
10 GB Email Space
No Setup Fee
Unlimited POP3 / Web Email
50 GB Bandwidth Transfer
20 Sub Domain
mySQL/ODBC Database
ASP .NET 1.1/2.0
Web Base Control Panel

RM 100/- per year
More



Mid Windows GB
20GB Web Space
20 GB Email Space
No Setup Fee
Unlimited POP3 / Web Email
Dedicated IP Address
200 GB Bandwidth Transfer
Unlimited Sub Domain
mySQL/ODBC Database
MSSQL 2000 Database
ASP .NET 1.1/2.0
Web Base Control Panel

RM 450/- per year
More


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

Mesra.net is a trademark of Mesra.net Sdn. Bhd.
All content is copyright 1998-2009 Mesra.net and its respective owners.