Agar-Agar Delima Istana
Kiriman: Cikgu Mi
Sumber: Tukang Masak Istana
Hits: 945 Rating: 6.40 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 tahil agar-agar
4 cawan air biasa(1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul asing dulu) |
½ cawan gula(tambah ikut selera)
½ cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
½ tin buah cocktail(buah sahaja) |
| Cara: |
1)Agar-agar dibasuh,terus dimasukkan
ke dalam loyang yang dikehendaki
2)Lain-lain bahan dicampur dalam satu
bekas lain,kemudian dituang kedalam
loyang.
3)Seelok-eloknya buah cocktail,agar-
agar dan kismis dimasukkan berselang-
seli dengan segala bahan cecair tadi
Peringatan:Agar-agar tadi dalam
keadaan panjang(jangan
dipotong)
4)Kukus mesti 2 jam |
| Cadangan Hidangan: |
| Boleh dimakan sebagai pencuci mulut pada bila-bila masa. |
| Tambahan: |
Air boleh ditambah atau dikurang mengikut selera kepejalan agar-agar
masing-masing.Awas!Selepas 2 jam jika dicucuk dengan garfu,agar-agar masih cair,ini kerana agar-agar tidak akan mengeras sehingga habanya hilang.Barulah
boleh dimasukkan kedalam peti sejuk.Untuk ubahsuai boleh digunakan kuning telur sahaja kerana putih telur akan menyebabkan agar-agar sedikit keras dan hanyir.Bila agar-agar dipotong ia akan kelihatan seperti kristal diantara buah-buahan.Selamat mencuba! |