Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Nasi Lemundi

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Nasi Lemundi 1.00
Kiriman: Musripah Sindin
Sumber: Old generation
Hits: 105 Rating: 1.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
2 cawan beras
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 tangkai daun lemundi (pucuk)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
Sedikit lada hitam
sedikit garam
Cara:
1) Basuh beras macam biasa.
2) Masukkan pucuk daun lemund, halia, bawang putih, bawang kecil dan lada hitam yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang berisi beras tadi. Masuk santan cair. Panaskan di atas api sehingga mengelegak. Masukkan garam dan santan pekat dan kacau hingga nasi itu kering dan tutup macam memasak nasi lemak. Apabila masak bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Masukakan nasi ke dalam bekas nasi dan hias dengan timun dan tomato potong serta telur puyuh. Sedap dimakan panas-panas dengan ikan bakar.
Tambahan:
Nasi ini elok dimakan oleh orang yang di dalam pantang tetapi tidak di makan dengan hiasannya seperti timun, tomato dan telur puyuh kerana sayur2an itu tidak begitu sesuai untuk dimakan oleh orang bersalin.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.