1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal) 2 auns mentega ½ cawan gula merah 1 biji telur 4 sudu besar susu Sedikit kulit limau parut
1 biji buah epal hijau 1 sudu besar gula halus ½ sudu teh serbuk bunga cengkih Sedikit garam
Cara:
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis. Aturkan di atas adunan kek tadi. Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.