Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Ayam Kicap Lada Hitam

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Ayam Kicap Lada Hitam 6.67
Kiriman: Nor Affnah
Hits: 301 Rating: 6.67 Review: 0
Bahan-Bahan:
Ayam, kunyit dan garam disatukan dan digoreng setengah masak.
Kentang di potong seperti wedges dan digoreng.

Bahan Kisar:

Lada Hitam 1 pkt ( jika mahu pedas boleh ditambah)
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 7 biji
Serai 1 batang
Halia ½ inci
Bahan untuk menumis dan memasak:

Bunga Lawang 1 ]
Kulit kayu manis 1 ] menumis
Buah pelaga 1 ]

kicap 5 sudu besar ( jika ingin manis boleh ditambar)
Tomato puri 2 sudu besar
Garam dan ajinamoto secukup rasa
lada merah 3 batang dibelah 2
bawang merah dihiris bulat
Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan menumis. Apabila sudah wangi masukkan bahan yg dikisar,tumis hingga garing. Bila naik minyak masukkan tomato puri kacau hingga garing sedikit. Setelah itu masukkan kicap dan sedikit air.(jgn terlalu cair)
Masukan ayam, garam dan ajinamoto, kacau hingga rata hingga ayam masak dan kuahnya sebati bersama ayam. Akhir sekali masukan kentang, lada merah dan bawang. Kacau sebentar. Lalu boleh dihidangkan bersama nasi.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.