Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Daging Masak Hitam Manis

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Daging Masak Hitam Manis 7.00
Kiriman: azie
Sumber: Dari Tukang Masak Perkahwinan Saya
Hits: 223 Rating: 7.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
BAHAN A

½ kati daging lembu
Kicap manis (kipas udang)
2 sudu cili kering (ikut suka kepedasan)
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
BAHAN B

2@3 sudu serbuk jintan manis
2@3 sudu serbuk jintan putih
1 inci halia }
5 biji bwg kecil } dikisar
4 biji bwg putih }

Bahagikan bhn diatas kepada 2 bahagian.
(1 utk digaul dengan daging,1 lagi utk menumis)
Cara:
Daging direbus bersama2 kicap cair (agak2lah kicap tu sebab daging bila direbus mengeluarkan banyak air).Air rebusan daging jangan dibuang.Apabila sudah empuk, boleh dipotong kecil2 dan digaul bersama2 bahan B tadi sampai sebati.Goreng sekejap (jangan terlampau garing).Angkatkan dan ketepikan daging.Masukkan pula lebihan bahan B tadi, gorengkan dan masukkan pula cili kering.Selepas itu, masukkan daging yang digoreng tadi bersama air rebusan.Gaul hingga sebati.Akhir sekali masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Biar agar pekat sedikit.Kalau kurang hitam masukkan kicap lagi.
Cadangan Hidangan:
Elok dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak.
Tambahan:
Resepi ini diakui sedap dan mudah disediakan.Kalau tidak percaya cuba dulu baru tahu.Resipi ini tidak perlu menggunakan garam.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.