Buncis Bersos Tiram
Kiriman: ezarul fitri
Sumber: My Lovely Mum
Hits: 205 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
10-15 tangkai kacang buncis
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram(boleh tambah jika mahu lebih perisa tiram)
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
garam secukup rasa
serbuk perasa(ajinomoto @ Tumix)
sedikit minyak untuk menumis
1/3 cawan air |
|
| Cara: |
Potong kacang buncis(2-3 potongan utk 1 tangkai).Hiris bawang merah & putih.
Tumiskan hirisan bawang merah & putih hingga separuh garing. Tambah serbuk perasa, sos tiram dan cili boh. Kacau hingga agak sebati(hati2 jangan sampai tumisan bawang tadi hangit!!).
Tambahkan air & biarkan ianya mendidih sebentar. Masukkan potongan kacang buncis dan kacau hingga 1/2 atau 3/4 masak. Tambah garam secukup rasa. |
| Cadangan Hidangan: |
| Sedap dimakan ketika panas. Resipi yang ditunjukkan adalah untuk hidangan 1 orang sahaja. Boleh tambah bahan jika untuk hidangan 2 atau lebih. |