Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Manisan Keluarga Carl

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Manisan Keluarga Carl
Kiriman: Syarfa Carl as Rapunzel
Sumber: Sendiri
Hits: 103 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
untuk lapisan bawah
20 keping biskut susu
10 camca susu manis
6 camca gula
3 camca tepung gandum
2 camca tepung jagung
1 biji kuning telur
5 camca air panas
secubit garam
untuk lapisan atas
2 cawan santan
1 biji kuning telur
6 camca gula
5 camca tepung gandum
1 camca tepung jagung
secubit garam
Cara:
untuk lapisan atas
biskut susu diblender halus dan ayak.Masukkan ke dalam tepung jagung dan tepung gandum yang telah diayak.Bancuh susu manis dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan biskut tadi.Kacau supaya tidak berketul.Dalam mangkuk pukul telur dengan gula dan secubit garam.Selepas itu masukkan ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga gula larut dan selepas itu dimasukkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam 45 minit
sementara menunggu lapisan bawah siap ,ayak tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk dan pukullah telur seperti tadi dan masukkan ke dalam adunan.Masukkan santan ke dalam adunan dan kacau sehingga tidak berketul dan gula larut.Selepas lapisan bawah keras,masukkanlah pula adunan dan kukuslah sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Ditabur serbuk horlicks atau milo jika suka sebelum makan
Tambahan:
sesuai dihidangkan sarapan atau minum petang..Sedap dimakan sejuk2 kerana rasanya seperti aiskrim dan kanak2 pasti sukakannya kerana rasanya yang manis dan sedap..Cubalah kalau tak percaya
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.