Gulai Lemak Putih Sengkuang
Kiriman: Nur Hayati Kamaruddin
Hits: 90 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Sebiji Sengkuang
½ Cawan santan pekat
1 Cawan santan cair
2 Sudu besar udang kering (ikut suka)
1 Helai daun kunyit |
1 Peket soohun (direndam)
1 Labu bawang besar (potong bulat)
2 Biji cili merah (dihiris)
Garam & serbuk perasa |
| Cara: |
| Sengkuang di buang kulit dan di hiris sederhana tebal. Setelah di cuci toskan supaya sengkuang tadi tidak berair. Jerangkan santan cair, udang kering, bawang besar,cili merah serta bahan perasa secukupnya kedalam periuk. Biarkan naik wap seketika, selepas itu masukkan sengkuang dan biarkan sehingga separuh masak. Masukkan santan pekat bersama dengan soohun.Masak sehingga mendidih tetapi jangan sampai pecah santan.Setelah sengkuang dan soohun masak tutup api. |
| Cadangan Hidangan: |
| Hidangan untuk 5 orang. Sesuai di hidangkan ketika waktu makan tengahari dan malam. |
| Tambahan: |
| Lebih sedap jika di makan bersama dengan goreng ikan pekasam dan sambal belacan. |