Puding Roti Mesra
Kiriman: rosalinda
Sumber: member- c'biey
Hits: 116 Rating: 4.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 tahil agar-agar
7 keping roti
1 tin susu cair
4 biji telur
gula secukup rasa
|
½ sudu besar mentega
2 susu tepung kastad
pewarna merah
pewarna hijau
pewarna kuning telur
sedikit esen vanila |
| Cara: |
| masak agar-agar hingga hancur. masukkan gula secukup rasa.masukkan esen vanila. tuang separuh dari agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas. separuh lagi perlu dipanaskan semula. sementara itu,carikkan roti. jgn ambil kulit roti. rendam dengan susu. biar mesra. masukkan tepung kastad dan mentega dalam agar-agar yang dipanaskan tadi.masukkan telur yang telah dipukul hingga kembang. setelah mesra, masukkan ke dalam roti yang bercampur dengan susu.bahagikan kepada 3 warna yang berlainan. masukkan ke dlm bekas agar-agar kosong tadi secara berselang seli. |
| Tambahan: |
| proses memasak agar-agar yang bercampur dengan kastad dan telur perlu dilakukan dgn secepat yg mungkin kerana dikhuatiri agar-agar kosong mengeras. jika ia mengeras,adunan berwarna tidak mesra. |