Kway Teow Sup China
Kiriman: norlinda azzuddin
Sumber: sendiri
Hits: 226 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
2 paket kway teow nipis
½ daging
½ ayam
½ udang
1 batang carrot
10 batang sayur sawi
suku sayur kobis
chili padi
limau kasturi
bawang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
ubi kentang 10biji
rempah sup adabi 2 sudu besar
1 paket sup bunjut
bawang goreng
daun sup.
|
|
| Cara: |
ubi kentang hendaklaa direbus dan dilenyek sehingga benar2 hancur.
tumis bawang merah dan bawang putih,berserta sup bunjut dan rempah sup sehingga naik bau,
tumis kan pula ayam,daging,dan juga udang sehingga benar2 wangi.
masukkan pula air secukup bersama ubi kentang yg siap dilenyek untuk memekatkan kuah.
selepas mendidih bolehlaa letak garam secukup rasa dan ajinomoto.
|
| Cadangan Hidangan: |
sayur-sayuran tadi hendak laa direbus terlebih dahulu dan asingkan megikut jenis sayuran dan hidangkan bersama2 kway teow tadi.
bilas kway teow bersama air panas
letak kan kway teow didalam mangkuk tuangkan kuah tadi bersama kway teow
menambahkan haruman masakan tadi bersama bwg goreng dan daun sup.
|
| Tambahan: |
jika mahu lebih pedas.
chili padi 30btg
kicap manis
bawang 2 biji
gula 2 suu besar
kesemua bahan nie hendaklah di kisar hingga hancur dan hidangkan sekali bersama kway teow sup china.
cuba laa resepi saya ini.
pasti menarik selera yang gemarkan mee lebih lagi pada kanak2 yang tidak sukakan pedas. |