Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Ikan Rendang Cuka

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Ikan Rendang Cuka 10.00
Kiriman: Marniza Saad
Sumber: resipi tok-nenek saya
Hits: 181 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
2 potong ikan tenggiri digaul dgn garam & kunyit
2 senduk cuka makan
1 sudu teh biji sawi
10 biji cili hijau
1 senduk minyak untuk menumis
2 cawan air
Garam
Gula
Bahan mayang:
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 cm halia
5 tangkai serai
Cara:
Ikan digoreng garing lalu toskan minyak.
Tumiskan bahan mayang hingga agak kuning lalu masukkan biji sawi. Kacau sebentar hingga wangi tapi jangan garing.
Masukkan cuka dan air hingga didih.
Masukkan ikan, garam & gula secukup rasa. Biar mendidih sebentar.
Akhir sekali masukkan cili hijau.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang panas-panas ataupun sejuk.
Tambahan:
Lebih sedap lagi jika dimasak sehari sebelum dihidang kerana cuka akan sebati dengan bahan lain hingga lebih sedap rasanya.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.