Nasi Goreng Kunyit Ama
Kiriman: Abe(Keylee)
Sumber: Mak Saudara (Ama)
Hits: 91 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
4 mgkuk nasi putih
sedikit minyak untk menumis
10g ikan bilis@ayam@daging@telur
8 btng kangkong
Sedikit Air
sedikit Garam
1 Biji Limau |
Ditumbuk:
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2-3 biji lada kering
Kunyit Hidup@Serbuk |
| Cara: |
1.Panaskan minyak,tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga kuning kemudian masukkan ikan bilis/ayam/daging/telur dan masukkan sedikit air rebus sehingga ikan bilis itu nampak empuk.
2.Apabila air itu sudah hampir kering masukkan kangkong dan kacau kemudian masukkan nasi.Masukkan garam dan kacau.(Biar nasi Kelihatan kuning ) |
| Cadangan Hidangan: |
| Makan Ketika panas.Sebelum makan perah sedikit limau . |
| Tambahan: |
| Lada Kering bergantung Kepada Individu lebihkan jika mahu lebih pedas dan sebaliknya.Biar nasi kelihatah kuning tapi jangan masukkan banyak kunyit serbuk kerana akan menyebabkan rasa pahit. |