Bubur Berlauk Segera Special
Kiriman: Embun
Sumber: Mak
Hits: 1494 Rating: 9.33 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 pot beras - cuci bersih
2 keping ayam ( bahagian dada)
200gm daging
½ sudu kecil biji lada hitam
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 6 pot beras) |
Hiasan
Lobal jeruk di potong dadu
Bawang goreng
Daun sup |
| Cara: |
1. Kisar lada hitam,ikan bilis dan udang kering.
2. Potong dadu (kecil-kecil) ayam dan daging.
3. Masukkan beras,air, ayam dan daging serta bahan kisar ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan garamkan.Tekan butang 'cook'.
3. Kacau sekali sekala sehingga nasi kembang dan air agak kering.
4. Biarkan bubur sentiasa panas di dalam rice cooker sehingga hendak dihidangkan ('keep warm'). |
| Cadangan Hidangan: |
| Taburkan lobak jeruk, bawang goreng dan daun sup ke atas hidangan. |
| Tambahan: |
| Sekiranya air masih kurang kering, tetapi butang 'keep warm'telah menyala, tekan semula butang 'cook'. |