Biskut Halia Rangup
Sumber: Majalah Jelita Mei 1987
Hits: 731 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
100 gm mentega atau marjerin 75 gm gula merah lembut 1 sudu besar madu lebah |
Bahan-bahan diayak sekali: 200 tepung gandum 2 sudu teh paras serbuk penaik 1 sudu teh paras soda bikarbonat 1 sudu teh halia giling 1 sudu teh kulit kayu manis (digiling) Kepingan halwa halia |
| Cara: |
| Pukul mentega, gula dan madu lebah. Masukkan dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan. Jika adunan itu menggumal, masukkan sedikit susu untuk melembutkannya. Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil dan ratakan. Hiaskan dengan kepingan halwa halia. Atur agak jauh-jauh, di atas dulang pembakar (kerana biskut mengembang ketika dibakar). Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan dahulu kira-kira 20 - 25 minit sehingga nampak kecoklatan. |