Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Cornflakes Coklat

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Cornflakes Coklat 7.00
Kiriman: Sue
Sumber: Kawan Baik
Hits: 1238 Rating: 7.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
Nestle cornflakes
Coklat Masakan
Marjerine
Mangkuk kertas
Colourful rice (hiasan)
Cara:
Cairkan coklat masakan bersama sedikit marjerine sehingga pekat, likat dan berkilat. Masukkan coklat yang telah cair ke dalam mangkuk yang berisi cornflakes. Gaul hingga keseluruhan cornflakes bersalut dengan coklat. Gunakan sudu untuk mengisi cornflakes ke dalam mangkuk kertas. Taburkan dengan colourful rice atau apa jua sebagai hiasan di atasnya. Biarkan seketika sehingga adunan cornflakes tadi sejuk lebih kurang 5 - 7 minit. Kemudian, simpan di dalam bekas.
Cadangan Hidangan:
Satu kotak cornflakes memerlukan lebih kurang 3 keping coklat masakan. Jangan cairkan coklat menggunakan marjerine yang banyak kerana cornflakes akan cepat lemau. Anggaran 2 1/2 sudu marjerine untuk 3 keping coklat masakan.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.