Memula, kita putarkan mentega dengan gula sampai gebu(jgn. lupa taruh vanila).
Lepas tu, ambil telur merah yg. direbus, lecek-lecekkan sampai hancur.
Lepas gaul dalam adunan tadi sampai sebati. Sekejap sahaja sudah cukup.
Lepas tu, masukkan tepung.
Saya tak bagi sukatan sebab ada tepung dia cepat memejal. Jadi, masuk sahaja tepung dan gaulkan. Bila adunan dah lembut, gebu dan sedikit lembap, berhenti taruh tepung. Nanti keras pulak!
Lepas tu, bakar le dlm. 150'c. Lebih kurang 15 minit gitu.
Acuan terpulang le kepada akak-akak sekalian. |