Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Puding Karamel Sri Sarawak

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Puding Karamel Sri Sarawak
Kiriman: Tinta Sukma
Sumber: Sendiri
Hits: 3601 Rating: 9.67 Review: 3
Bahan-Bahan:
5 biji telur
3 sudu gula halus
1 pek roti ringan
2 ½ cawan air
½ tin susu manis
Esen vanila

Untuk karamel:

Gula secukupnya (anggaran 4 sudu makan untuk loyang yg sederhana besar)
Cara:
Untuk membuat karamel, masukkan gula secukupnya ke dalam loyang.

Loyang diletakkan di ataas api yang paling kecil bagi mencairkan gula. Pastikan gula tidak hangus (biarkan kekuningan sedikit).

Apabila cair, ratakan gula di atas loyang dan ketepikan.

Isikan air dalam periuk pengukus dan panaskan sehingga menggelegak.

Pukul telur dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan susu manis dan esen.

Air dan roti diblend. Kemudian gaulkan dengan bancuhan telur.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
10 orang.
Tambahan:
Tidak perlu mengukus lama kerana telurnya akan mengembang cepat. Api kukusan pun jangan terlalu kuat, jangan pula terlalu lembut. Jgn panik kerana puding ini akan mengembang apabila dikukus dan mengecut apabila sejuk.

Untuk roti pula, gardenia atau high 5 boleh digunakan tetapi kurangkan amaunnya.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.