Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Biskut Suji Resepi Traditional

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Biskut Suji Resepi Traditional 4.50
Kiriman: Razana Haji Abdul Rahim
Sumber: Arwah Nenek dari Singapura
Hits: 2254 Rating: 4.50 Review: 3
Bahan-Bahan:
1 tin minyak sapi QBB (tin kecil)
600 gram tepung naik sendiri
1 mangkuk kecil gula kaster halus
1 sudu kecil Potash
Secubit garam
Cara:
1. Cairkan minyak sapi dan biarkan ianya
sejuk mengikut suhu bilik
2. Minyak sapi yang telah disejukkan,
kemudiannya digaul bersama tepung
yang telah disebatikan dengan secubit
garam dan potash sehingga menjadi doh
yang sebati
3. Gaulkan gula kedalam adunan tadi
4. Ambil sedikit adunan tersebut dan
bentukkan bulat seperti guli dan
susunkan di atas tray pembakar. Buat
sehingga doh tadi habis.
5. Bakar di atas ketuhar panas 350 darjah
Farahnheit selama 5-7 minit

Selamat Mencuba !!!
Cadangan Hidangan:
Boleh juga dimasukkan ke dalam mangkuk kertas berwarna warni agar suji tidak melekat antara satu dengan lain apabila disusun di dalam balang nanti.
Tambahan:
Jangan bakar terlalu lama kerana biskut suju yang hangit tidak cantik rupanya.

Biskut suji selalunya cantik merekah sedikit di bahagian tengahnya dan masih berwarna gebu kekuningan selepas dibakar. Cair dimulut dan sedap dimakan.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.