Cencaru Goreng Pedas
Kiriman: Firza Nordin
Sumber: Resipi Keluarga diMelaka
Hits: 1469 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
5 ekor ikan cencaru sederhana besar- belah belakang dari kepala ke ekor - jangan putus dan buang insang dan isi perutnya - cuci bersih dan toskan. Tak perlu buang kulit.
Gaulkan bersama :
1 sd besar serbuk kunyit
1 sd besar garam
Secukup minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar - dihiris bulat kasar
|
Kisar halus bersama :
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
(alihkan ke mangkuk dan pada bekas cili yang tertinggal dalam pengisar, campurkan ½ cwn air dan goncang sebati)
Dibancuh bersama:
3 sd besar asam jawa
½ cwn air baki kisaran cili kering
1 sd besar paras garam
½ sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula
|
| Cara: |
Goreng ikan hingga masak. Tinggalkan 1 cwn minyak gorengan dan tumis bahan kisar bersama garam hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing. Masukkan bahan perasa, gula dan bawang, kacau hingga bawang layu.
Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata dan sumbat sedikit pes cili kedalam bahagian belakangnya semasa menggaul.
Angkat dan hidangkan.
|
| Tambahan: |
Tumisan yang garing amat penting untuk membuat sambal tumis, asam pedas dan rendang kerana jika tidak ianya akan berasa hambar setelah dimasak.
Untuk memastikan bahan tumisan telah pun garing, ianya akan menjadi seperti tahi minyak semasa dikacau.
Kacau selalu bahan kisar semasa menumis dan pastikan api kecil dan kacau sekali sekala hingga garing hingga ianya nampak `kering'. Boleh juga dgn api besar asalkan sentiasa dikacau.
|