Nasi Goreng Adabi
Kiriman: Nur Sofiayantie Bt Mohd Yunus
Sumber: Own Recipe
Hits: 719 Rating: 0.00 Review: 1
|
|
| Bahan-Bahan: |
5 cawan nasi
Perencah nasi goreng Adabi
1 mangkuk(kecil) sayur campur
Setengah mangkuk(kecil) sos tiram
Setengah mangkuk(kecil) sos cili
10 ulas bawang putih
Udang (yg dibuang kulitnya) atau ayam yang dipotong kecil. |
Sebagai hiasan:
Daun sup
Telur (potong mengikut citarasa)
Timun (hiris mengikut citarasa)
Tomato (hiris mengikut citarasa)
Daun salad
Cili merah dihiris kecil. |
| Cara: |
1. Panaskan 5 sudu besar minyak. Masukkan bawang putih sehingga kelihatan kuning.
2. Masukkan 1 pek perencah nasi goreng Adabi ke dalam bawang tadi. Kemudian masukkan sayur campur.
3. Selepas itu, masukkan udang atau ayam ke dalam masakan tadi. Masak sehingga udang atau ayam menjadi lembut.
4. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Taburkan sos tiram dan sos cili di atas nasi dan gaulkan. Selepas itu bolehlah dihidangkan. |
| Cadangan Hidangan: |
| Untuk kelihatan lebih menarik lagi, taburkan daun sup dan cili merah yang telah di hiris halus. Letakkan daun salad di tepi nasi. Hiaskan telur, timun dan tomato disekeliling nasi (pinngan) |
| Tambahan: |
| Nasi Goreng Adabi ini adalah nasi goreng yang sesuai untuk hidangan sarapan. |