Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Lala Goreng Halia

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Lala Goreng Halia 7.00
Kiriman: Nor Aini Asnawi
Sumber: Koleksi Peribadi
Hits: 1188 Rating: 7.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili boh
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 cm asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara:
1) Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.

2) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

3) Masukkan cili boh dan tumis lagi.

4) Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.

5) Masukkan sedikit air supaya lala masak.

6) Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong ring.

7) Apabila lala mula terbuka ia menandakannya sudah masak.
Cadangan Hidangan:
Taburkan spring onion jika suka.
Tambahan:
Sekiranya suka boleh tambah lagi halia dan cili boh. Cili boh juga boleh ditukar dengan cili padi yang ditumbuk.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.