Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Spagetti Original

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Spagetti Original 7.60
Kiriman: mamasyahmi
Hits: 3694 Rating: 7.60 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin peeled tomato
3 sudu sos cili
1 labu bwg putih
1 biji bwg besar
Butter & minyak masak

Cendawan butang tin
Pepper
Oregano
Garam
Gula
Mayonis
Grated cheese
Cara:
1) Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
2) Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
3)Angkat dan toskan dlm tapis
4)Gaulkan dgn sedikit butter supaya ia tidak melekat antara satu sama lain

Utk Kuah:
1) Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
2) Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
3) Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
4) Masukkan Peeled Tomato berserta airnya, sos tomato dan cendawan butang
5) Masukkan pepper, oregano, garam dan gula
6) Sedia utk dihidang
Cadangan Hidangan:
Letakkan spegetti ke dlm pinggan dan curahkan kuahnya. Kemudian, letak sesudu mayonis di atasnye. Akhir sekali taburkan grated cheese.
Tambahan:
*Jika suka berkuah, tambahkan air. Garam perlulah hati2x kerana butter pun dah masin. Peeled tomato digunakan kerana rasa lebih tomato berbanding dgn tomato buah. Boleh didapati di bahagian makanan tin.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.