Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Murtabak Maggie

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Murtabak Maggie 5.50
Kiriman: Ct
Sumber: Sendiri
Hits: 5223 Rating: 5.50 Review: 1
Bahan-Bahan:
2 bungkus mee magie(perencah kari)
3 biji telur
2-3 ulas bawang merah
1 sudu besar minyak masak
Cara:
Didihkan air sehingga menggelegak dan kemudian masukkan mee magie sahaja.

Sementara menunggu mee masak, pecahkan telur kedalam manggkuk dan campurkan dengan sebungkus perencah kari mee magie. Pukul telur dengan perencah kari sehingga kembang. Masukkan bawang yang telah dimayang.

Toskan mee yang telah dimasak. Campurkan mee kedalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tuangkan adunan tadi kedalam kuali. Leperkan macam murtabak. Sepas dimasak, sedia dihidang...
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan dengan sos cili.
Tambahan:
Alih-Alihkan macam masak murtabak supaya tidak hangit.

Boleh juga menggunakan perencah tom yam atau apa-apa perencah mengikut kegemaran anda.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.