Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kek Jalur Gemilang

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kek Jalur Gemilang
Kiriman: Lan
Sumber: Daripada Kawan
Hits: 1314 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
16 oz mentega
250 gram gula
250 gram tepung Hong Kong
4 sudu besar tepung susu
3 sudu besar tepung jagang
1 tin kecil Kaya
1 sudu besar Ovallate
Cara:
Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan ovallate, tepung jagang,tepung susu, tepung hong kong dan kaya.

Gaul hingga rata. Kemudian masukkan mentega yang telah dipukul di dalam bekas yang berasingan ke dalam adunan tadi dan gaul hingga rata. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan diletak warna merah dengan kuning.

Bakar selapis-selapis hingga adunan habis dengan suhu 180C. Pastikan menggunakan api atas semasa melapis dan apabila telah selesai barulah menggunakan api bawah.
Cadangan Hidangan:
Untuk membuat lapisan yang sekata, hendaklah menggunakan sukatan yang sama semasa melapis dan setiap lapisan mesti ditekan dengan alat yang digunakan untuk menekan Khas.
Tambahan:
Sesuai untuk di apa-apa jamuan. Saya cadang kan, jika untuk jamuan hendaklah di buat lebih awal dua atau tiga hari sebelum jamuan diadakan ini kerana ia akan lebih sedap setelah kek mengeluarkan minyak semasa disimpan di peti sejuk.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.