Biskut Coklat Putih
Sumber: Majalah Jelita, Disember 1997
Hits: 1348 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
250 gm tepung serba guna
80 gm tepung kastard
25 gm tepung beras
75 gm tepung jagung
1 ½ camca teh serbuk penaik
100 gm gula pasir |
150 gm coklat putih, dihiris halus
½ cawan mentega
125 ml susu segar
80 gm kacang hazel
Sedikit putih telur |
| Cara: |
Gaul rata tepung serba guna bersama tepung kastard, tepung beras, tepung jagung dan serbuk penaik hingga sebati.
Jerang gula pasir bersama coklat putih, mentega dan susu segar di dalam periuk di atas api perlahan hingga coklat cair.
Uli bancuhan coklat bersama campuran tepung tadi hingga ia menjadi doh. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat. Buat hingga habis doh.
Celup kacang hazel di dalam putih telur. Tekan ia di tengah-tengah doh tadi. Buat hingga habis kacang. Bakar pada suhu 180 darjah celcius hingga masak. |