Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom)

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom) 8.53
Kiriman: S.H. AbdulLatif
Hits: 5072 Rating: 8.53 Review: 1
Bahan-Bahan:
ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
biji ubi kentang, didadu
sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa
1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.
Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!

Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.

Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.

Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.

Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.
Tambahan:
Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.

Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa macam makan makanan bayi!

Kalau ikut resepi ni, tak payahlah bayar mahal-mahal sampai RM12 semangkuk sup kat hotel. Rasanya memang sebijik! Dan bukan macam sup segera dalam tin!!! Nipu semua tu!!!
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.