Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Mafin Badam

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Mafin Badam 1.00
Sumber: Majalah Jelita Jun 2001
Hits: 679 Rating: 1.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
350 gm tepung berserbuk penaik
280 gm mentega
150 gm gula halus
1 camca teh esen vanila
5 biji telur
4 camca teh air parutan pandan
100 gm kepingan badam
50 gm serbuk badam
50 gm serbuk koko
4 camca coklat masakan (dicairkan)
500 ml krim segar (hiasan)
2 camca besar lemak sayuran (hiasan)
Sedikit coklat masakan (dicairkan)
Cara:
Kacu rata tepung berserbuk penaik bersama mentega. Masukkan gula, esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga ia kembang.

Masukkan air parutan pandan, kepingan badam, serbuk badam, serbuk koko dan coklat masakan. Kacau sehingga ia rata.

Panaskan acuan berlengser mentega dan masukkan adunan. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit sahaja.

Untuk hiasan, panaskan krim, lemak sayuran dan coklat masakan diatas api yang perlahan. Angkat dan apabila pekat, sejukkan sebentar sebelum dituangkan pada mafin jikalau suka.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.