Potong udang serangka sebesar dua inci, bersihkan dan rebus sehingga ia empuk bersama sedikit garam, daun kesum, halia dan serai.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang merah, bawang putih dan lengkuas, halia, serai dan cili yang dikisar halus sehingga naik baunya.
Masukkan air rebusan tulang lembu tadi bersama sedikit serbuk perasa, daun kesum, bunga kantan, asam keping, kicap pekat, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa dan sedikit gula sekiranya mahu.
Masak sehingga ia mendidih, biarkan di atas api sederhana besar seketika atau sehingga kuahnya pekat.
Masukkan tulang serangka, tunggu sehingga kuahnya sebati, angkat dan hidangkan. Sesuai dihidangkan untuk makan tengahari ataupun sebagai lauk pengantin. |