Ikan Goreng Bersos Tomyam
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Hits: 1651 Rating: 8.50 Review: 1
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan utama:
500 gm ikan senangin atau siakap Garam secukupnya Lada sulah secukupnya Sedikit minyak untuk menggoreng |
Ramuan A:
1 peket perencah tomyam 12 ulas bawang merah (dihiris) 6 cm kepingan halia (dicincang) 3 ulas bawang putih (dicincang) 10 ekor udang (dibuang kulit dan dicincang kasar)
Ramuan B:
¼ cawan air 3 camca besar gula perang 2 camca besar sos ikan ½ camca teh serbuk pati ikan bilis 1/3 cawan susu sejat 10 biji cili padi (dicincang kasar) 3 pokok daun ketumbar (dihiris) 2 pokok daun bawang (dicincang kasar) |
| Cara: |
Bersihkan ikan, buat belahan berpalang di kedua bahagian ikan dan biarkan seekor.
Letakkan perasa ikan dengan garam dan lada sulah. Goreng ikan sehingga kekuningan , tuskan dan letak di atas pinggan hidangan.
Keluarkan minyak sehingga tinggal 3 camca besar sahaja.
Tumis ramuan A sehingga kekuningan, masukkan udang dan goreng sehingga ia masak.
Masukkan ramuan B dan renih selama 3 minit. Masukkan susu sejat dan cili padi. Masak sehingga ia panas dan senduk ke atas ikan.
Hias dengan daun ketumbar dan bawang. Hidangkan ketika panas. |