Gulung Hang Li Po
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Hits: 614 Rating: 10.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
500 gm tepung beras 150gm tepung jagung 114 gm tepung Tang Ming 150 gm tepung gandum 2,000 ml air 50 gm minyak masak |
Bahan untuk membuat sos:
500 gm udang (dicelur lima minit) 20 gm sos tiram 300 gm gula kastor 80 gm stok ayam 60 gm bawang besar (dihiris) 20 gm bawang putih (dihiris) 50 gm halia muda (dihiris) 50 ml minyak berperisa maggi 50 gm minyak masak 100 gm bawang kecil (dihiris) |
| Cara: |
Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung Tang Ming, tepung gandum, minyak dan air. Uli sehingga ia rata.
Susun kain muslin ke dalam kukusan rotan seperti yang digunakan di restoran Cina. Tuangkan nipis adunan tepung ke atas kain muslin dan kukus seminit.
Setelah itu, susun udang ke atas tepung dan gulung.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga ia wangi.
Campurkan minyak berperisa maggi, kicap, sos tiram, gula,stok ayam serta didih sampai lima minit.
Susun kuih gulung tadi ke dalam pinggan dan tuangkan sos ke atasnya.Kemudian taburkan bijan goreng. |
|