Mee Rebus Tok Wan
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000
Hits: 1776 Rating: 5.33 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
500 gm ubi kaledek 100 gm udang kering 10 ulas bawang putih (dikisar) 10 ulas bawang merah (dikisar) 5 helai serai (dititik) 2 helai daun pandan 1 cawan serbuk kari daging Minyak masak Serbuk perasa Garam |
Bahan untuk mee:
3 kg mee kuning (dicelur) 1 mangkuk tauge (dicelur) 3 biji telur ayam (direbus) 2 biji tauhu goreng 2 helai daun sup 2 helai daun bawang 8 biji limau kasturi Bawang goreng Isi ayam atau daging |
| Cara: |
Rebuskan keledek dan udang kering sehingga empuk. Kemudian sejukkan.
Kisar rebusan tadi hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang, serai dan daun pandan hingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah kari (digaul dengan air) dan kacau hingga keluar minyak.
Setelah itu, masukkan bahan kisar tadi dan biarkan mendidih selama 10 - 15 minit.
Tambahkan bahan perasa dan kacau hingga sebati. Pastikan kuah tidak terlalu pekat.
Tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan. |