Claypot Mee
Sumber: Majalah Perempuan April 1998
Hits: 5586 Rating: 8.33 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
250 gm mee Sedikit minyak untuk menumis 2 biji bawang putih (dilumatkan) 40 gm isi ayam (dipotong kecil) 30 gm isi udang (dipotong kecil) 4 keping cendawan hitam (direbus kembang dan dihiris) 5 batang sawi (dipotong satu inci) 4 mangkuk air rebusan ayam (Chicken stock) |
1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh kicap pekat 2 sudu sos tiram 2 biji telur Garam dan perisa secukup rasa 1 sudu minyak bijan 1 sudu tepung jagung |
| Cara: |
Rebuskan mee sehingga ia kembang, toskan dan asingkan. Panaskan bawang sehingga sedikit garing.
Kemudian masukkan air ayam dan biarkan ia mendidih. selepas itu, masukkan ayam, udang, kicap, sos tiram, garam cendawan dan sawi.
Alihkan semua yang ditumis tadi ke dalam claypot jika ada. Apabila mendidih semula masukkan mee dan kacau untuk seketika.
Kemudian pecahkan telur dan kacau di dalam mee tadi agar sedikit berderai. Campurkan sedikit air dengan tepung jagung, kacau perlahan-lahan sehingga ia sebati.
Akhir sekali masukkan minyak bijan dan dikacau rata lalu dihidangkan. Hidangan ini dihidangkan bersama cili hijau dan di dalam claypot. |